fbpx

Selangor cemerlang sebab kebijaksanaan pemimpin kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika menghadiri Majlis Doa Selamat Sempena Bulan Kemerdekaan dan Kesejahteraan Madani di Puncak Alam malam tadi.

PETALING JAYA – Pembangkang tahu kecemerlangan Selangor disebabkan oleh kebijaksanaan pimpinan negeri Kerajaan Perpaduan dalam menguruskan sumber sedia ada untuk terus berkembang maju.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun potensi dan kemajuan yang ada di negeri itu sering menjadi tumpuan utama pembangkang untuk merampas negeri itu

“Mereka yang tidak mahu mengakui kemampuan Kerajaan Perpaduan mentadbir Selangor sanggup melaungkan lawak jenaka dengan mengatakan ‘Selangor maju kerana berhampiran W.P Kuala Lumpur’ sekali gus memperlihatkan kejumudan mereka dalam soal mentadbir negeri.

“Saya percaya, pengundi di Selangor dapat menilai bahawa kestabilan politik ini lebih penting untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, sekali gus melaksanakan kemahuan penduduk,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat Selangor mahu kerajaan negeri yang kompeten dan Menteri Besar yang benar-benar efektif memainkan peranan serta pentadbiran yang fokus memikirkan kebajikan berbanding mencetuskan kontroversi.

Terdahulu, katanya, beliau gembira melihat kehadiran yang begitu ramai semasa Majlis Doa Selamat Sempena Bulan Kemerdekaan dan Kesejahteraan Madani di Puncak Alam semalam.

“Saya yakin rakyat Selangor akan terus kekal mempertahankan Kerajaan Perpaduan Madani,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI