fbpx

Sanusi kini beban untuk PN – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi dan Rafizi.

PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kini sebagai beban kempen untuk Perikatan Nasional (PN).

Rafizi berkata demikian susulan alasan Muhammad Sanusi tidak menghadirkan diri ke pentas ceramah pilihan raya baru-baru ini adalah untuk mengelak perangkap musuh.

“Pandangan saya, drama ‘perangkap’ ini alasan kepada sebab sebenar iaitu Sanusi tak boleh kawal mulut, habis kena maki dengan dia.

“Sekarang pimpinan PN (terutama Bersatu) rasa Sanusi jadi beban kempen sebab (selalu) bagi peluru kepada lawan,” katanya menerusi hantaran di Twitter sebentar tadi.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Menteri Besar Kedah itu tidak dapat hadir ke ceramah Mega PN di Sungai Petani malam tadi adalah untuk tidak masuk perangkap yang dipasang oleh musuh.

Kelmarin, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah turut dilaporkan tidak hadir ke program Sembang Santai Bersama calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas dan Merbau Pulas yang berlangsung di Padang Serai.

Menerusi rakaman video tular di media sosial, seorang lelaki dipercayai ahli Pas memaklumkan, pemimpin itu tidak dapat menghadirkan diri atas faktor keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI