fbpx

Rasmus Hojlund belum sedia beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND sah menjadi pemain terbaharu menyertai United pada jendela perpindahan kali ini dengan kontrak selama lima tahun. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Manchester United perlu menunggu lebuh lama untuk menagih impak penggempur baharu mereka, Rasmus Hojlund yang dilaporkan bakal terlepas aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.

Selepas melengkapkan perpindahan ke Old Trafford, bintang muda Denmark itu masih dihimpit kecederaan ketika sertai pramusim bersama Atalanta.

Laporan menyebut Hojlund memerlukan tempoh beberapa minggu untuk mengembalikan kecergasannya dan mungkin akan terlepas dua aksi awal dengan The Red Devils.

“Bukan lagi rahsia yang saya adalah peminat kepada United sejak dari kecil dan saya bercita-cita untuk melangkah keluar dari Old Trafford sebagai pemain. Saya begitu teruja apabila peluang ini sudah menjadi kenyataan.

“Saya berazam untuk membalas kepercayaan dan saya tahu saya bersedia untuk mengorak langkah serta berpeluang bermain dengan pemain bertaraf dunia. Sejak saya bercakap dengan pengurus, saya tahu persekitarannya adalah bagus untuk pembangunan karier saya,” katanya.

Hojlund menandatangani kontrak bersama United untuk tempoh lima tahun bersama pilihan lanjutan selama semusim lagi dan bakal menerima pendapatan mingguan sebanyak £80,000 (RM464,000) berbanding gaji lamanya di Atalanta iaitu £10,064 (RM50,547).

Pada usia 20 tahun, Hojlund berjaya menjaringkan 27 gol dalam 87 penampilan dengan Atalanta dan merekodkan enam jaringan bersama skuad kebangsaan Denmark.

Dua aksi awal United adalah bertemu Wolverhampton Wanderers dan Tottenham Hotspur sekaligus menyaksikan pertemuan dengan Nottingham Forest berkemungkinan menjadi debut Hojlund di Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI