fbpx

PRN: Penduduk Puncak Alam mahu klinik, balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANDAR Puncak Alam merupakan salah sebuah kawasan yang sedang membangun di Selangor.

KUALA SELANGOR – Lebih 25,000 penduduk Bandar Puncak Alam di sini, memohon pembinaan kemudahan asas berikutan bilangan penduduk yang sema­kin bertambah di kawasan tersebut ketika ini.

Antara kemudahan yang di­tagih mereka adalah balai polis, balai bomba, klinik kesihatan dan sekolah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.

Seorang penduduk, Zainal Fitri Muhd., 34, berkata, ketiadaan balai polis menyulitkan mereka kerana terpaksa memandu sejauh lebih 10 kilometer (km) untuk ke Balai Polis Saujana Utama atau Jeram sekiranya mempunyai urusan dengan pihak berkuasa tersebut.

“Bagi balai bomba pula, Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya yang terdekat terletak lebih 20 km.

“Jadi sedikit sebanyak sudah pasti ia akan menjejaskan operasi sekiranya berlaku kebakaran atau kes yang memerlukan penyelamatan di kawasan ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Amirah Abu Bakar, 33, memberitahu, kemudahan klinik kerajaan juga terhad kerana hanya mempunyai klinik desa dan klinik komuniti.

Bandar Puncak Alam.

“Kedua-dua fasiliti itu hanya berskala kecil, sedangkan jumlah penduduk di Puncak Alam agak ramai. Kami harap pembinaan Klinik Kesihatan yang lebih lengkap dapat disediakan di sini bagi menjaga kebajikan rakyat terutama warga emas,” ujar ibu seorang anak itu.

Bagi Amin Zulqarnain Muhammad, 20, pula, jumlah sekolah juga perlu ditambah bagi mengelakkan kepadatan murid dan pelajar dalam sesebuah sekolah dan kelas.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Jahaya Ibrahim berkata, beliau akan segera mengetengahkan isu prasarana asas di Puncak Alam jika diberikan mandat oleh rakyat hari pe­ngundian 12 Ogos ini.

“Kemudahan itu diperlukan kerana faktor kepadatan penduduk yang kini terpaksa
pergi jauh untuk berurusan,” ujarnya.

Jahaya berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Perikatan Nasional, Datuk Harrison Hassan yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI