fbpx

Pakej 5G Rahmah tawar telefon pintar serendah RM240, pelan internet RM60 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pakej 5G Rahmah menawarkan telefon pintar serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60 gigabait (GB) pada harga RM60 sebulan kepada seluruh rakyat Malaysia bermula 31 Ogos ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, tawaran tersebut melibatkan pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) di bawah jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G.

Katanya, pakej berkenaan dilancarkan bersempena Bulan Kebangsaan, hasil kerjasama KKD dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.

“Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga telefon pintar serendah RM120. Pakej itu akan berada di pasaran bermula 31 Ogos dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Pakej ini juga menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya setahun sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebagai menghargai penjawat awam, insentif postpaid Rahmah penjawat awam turut diperkenalkan dengan pemberian rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia.

“Ianya terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada. Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun. Pakej ini juga akan berkuat kuasa bermula 31 Ogos ini,” ujarnya.

Fahmi berkata , Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.

“Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi Madani yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI