fbpx

Naik taraf sistem Jabatan Insolvensi, percepat pelepasan individu bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina menyampaikan sijil pelepasan status kebankrapan kepada salah seorang peserta ketika melawat Jabatan Insolvensi Kedah di Wisma Persekutuan di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Jabatan Insolvensi Malaysia merancang untuk menaik taraf sistem pentadbiran kebankrapan bagi meningkatkan pengurusan setiap kes individu yang bankrap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, usaha itu juga bertujuan mempercepatkan pelepasan status kebankrapan kepada individu yang layak.

“Sebenarnya kita perlu mengambil kira pelbagai faktor tetapi apa lebih penting pelepasan ini dengan sistem teknologi lebih pantas sekarang. Perisian yang kita guna pakai sekarang perlu dinaik taraf supaya senang nak laksana.

“Sebagai contoh kalau kita buka sistem perbankan, kalau kita tengok kad kredit kita buka sistem sudah boleh akses. Jadi kita ada perisian untuk menguruskan data ini tanpa perlu individu berkenaan ke pejabat Insolvensi,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Jabatan Insolvensi Kedah, di sini hari.

Kata Azalina, langkah itu juga mampu mengelakkan isu kelewatan pemfailan setiap kes terutama berkaitan pelepasan bankrap berkenaan.

“Kalau perjumpaan secara fizikal kemungkinan bagi sesetengah individu itu terlalu jauh nak pergi jumpa pegawai nak kendali dan berapa banyak boleh kendali dalam satu hari?

“Kalau wujudkan cawangan baharu akan memerlukan pertambahan pegawai, walau bagaimanapun kesimpulannya ia lebih kepada teknologi atau perisian sistem ini,” ujarnya.

Tambahnya, sejak tahun ini Jabatan Insolvensi melepaskan kira-kira 10,000 individu bankrap di seluruh negara yang mempunyai hutang di bawah RM50,000. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI