fbpx

Lelaki Romania gagal terjun selepas dipujuk lebih 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengambil masa lebih dua jam untuk memujuk mangsa yang cuba untuk terjun dari tingkat 10 di Jalan Kancil, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang lelaki warga Romania untuk terjun dari tingkat 10 digagalkan setelah berjaya dipujuk lebih dua jam dalam kejadian di sebuah kondominium Jalan Kancil, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 12.26 tengah hari sebelum menggerakkan 19 anggota ke lokasi berkenaan.

Beliau memberitahu, setibanya di lokasi pada pukul 12.26 tengah hari, mangsa yang berusia 41 tahun itu berada di luar bangunan tingkat 10 dipercayai cuba untuk terjun.

“Pada pukul 2.50 petang, mangsa berjaya dipujuk dan dibawa ke lokasi selamat.

“Mangsa didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.52 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI