fbpx

Laporan isteri dakwa suami sebarkan gambar separuh bogelnya ditolak polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang isteri (kiri) membuat laporan perbuatan suaminya menyebarkan gambar wanita itu dalam keadaan separuh bogel kepada polis Samarinda, Khamis lalu. - Foto TRIBUNKALTARA.COM

JAKARTA –  Seorang isteri membuat laporan polis setelah suaminya menyebarkan foto peribadi wanita tersebut yang berada dalam keadaan separuh bogel di media sosial, lapor portal berita Serambinews.com  hari ini. 

Wanita itu sendiri mengaku tidak tahu alasan suaminya menyebarkan foto itu hingga akhirnya menjadi tular di media sosial.

“Saya malu sekali karena (kerana) postingan (hantaran gambar) suami saya itu tersebar,” tambahnya.

Dia kemudian pun meminta bantuan sebuah yayasan iaitu Pasukan Reaksi Cepat Perlindungan Perempuan dan Anak untuk membuat laporan kepada polis berhubung gambar berkenaan pada Khamis lalu.

Namun, wanita berkenaan kecewa lantaran laporan itu ditolak polis dengan alasan tidak mempunyai cukup bukti perlanggaran Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 tentang Informasi dan Transaksi Elektronik. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI