fbpx

Kerjasama IPT lonjak kualiti pendidikan tinggi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Shatar (tengah) bergambar bersama wakil IPT yang hadir di sesi Jelajah MQA@IPT Zon Sabah di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Kota Kinabalu, hari ini.

PETALING JAYA – Kerjasama dalam kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan strategi terbaik bagi mempersiapkan pelajar dalam menghadapi cabaran zaman kini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Mohammad Shatar Sabran, kerjasama tersebut penting untuk memastikan kelangsungan operasi IPT di negara ini.

“Dalam perjumpaan bersama Persatuan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Sabah (PIPTSS), kami telah ketengahkan beberapa isu. Sebagai penyelesaian, MQA mencadangkan kaedah guna sama tenaga kerja dan fasiliti sebagai jalan penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan.

“MQA juga sedang giat menjalankan kerjasama di peringkat antarabangsa dalam usaha mengukuhkan jenama pendidikan tinggi negara,” katanya pada program sesi Jelajah MQA@IPT Zon Sabah di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), di Kota Kinabalu, hari ini.

Tambahnya, kerjasama antara IPT perlu diperhebat untuk memastikan kualiti IPT dapat terus dipertingkat seterusnya merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pusat ilmu sejagat.

Pada sesi yang sama, MQA turut menganjurkan Hari Mesra Pelanggan (HMP) untuk berkongsi maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MQA kepada orang ramai.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, penawaran kursus pensijilan mikro atau kursus pembelajaran yang lebih kecil (micro-credentials) merupakan salah satu sumber penjanaan pendapatan buat IPT.

“Di peringkat global, Malaysia menjadi antara negara tertinggi untuk carian berkenaan kursus pensijilan mikro di Google Trends.

“Ini membuktikan pengajian tinggi di negara ini sudah mencapai standard yang baik di peringkat global apabila menjadi antara rujukan utama untuk kursus pensijilan mikro,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI