fbpx

Pemandu hilang kawalan disyaki punca empat rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Porotn Saga yang berjaya ditarik naik di lokasi kemalangan di WCE hari ini.

MANJUNG – Kemalangan maut di Kilometer (km) 220 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah utara petang tadi dipercayai berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan terhadap kenderaan dipandunya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.15 petang apabila sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut melalui Tol Sitiawan Utara menghala ke Ipoh.

“Apabila sampai di KM220 WCE arah utara, disyaki pemandu motokar telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan serta hangus terbakar.

“Pemandu motokar seorang lelaki Cina berumur 56 tahun, penumpang hadapan seorang lelaki India (56 tahun) serta penumpang belakang lelaki Cina masing-masing berusia 45 dan 53 tahun rentung terbakar dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara seorang penumpang belakang lelaki Melayu berusia 54 tahun mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, menurut beliau, kesemua yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah warga tempatan dan berasal dari Ipoh.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ttqfik, Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI