fbpx

EPL: Penaja sedia bayar gaji Kylian Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE- AFP

PARIS – Biarpun peluangnya dianggap terlalu tipis, namun berita tentang kemungkinan penggempur sensasi Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe menyertai Liverpool bukan suatu yang mustahil.

Ia berikutan terdapat laporan bahawa ada beberapa pihak yang setuju menyediakan dana untuk menaja kelab itu untuk menanggung gaji bintang dari Perancis itu di Anfield sebagai pemain pinjaman.

PSG dikatakan sedia untuk mengadakan perbincangan untuk melepaskan pemain itu sebagai pemain pinjaman pada musim depan, namun kelab tersebut perlu menerima syarat untuk membeli pemain itu secara tetap pada musim panas tahun hadapan.

Bagaimanapun, The Reds jelas tidak memiliki sumber kewangan yang besar untuk merealisasikan perpindahan Mbappe secara tetap, namun kesediaan penaja untuk memberikan komitmen pembayaran gaji meningkatkan potensi penghijrahan penyerang itu ke Anfield.

Sekalipun khabar ini masih menjadi tanda tanya, Mbappe pernah mendedahkan bahawa ibunya sangat meminati Liverpool dengan melabelkan The Reds sebuah kelab yang menghiburkan ketika di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Mbappe yang bakal tamat kontrak dengan PSG tahun depan tidak tersenarai dalam skuad The Parisian yang mengharungi aksi pramusim di Jepun dan Korea Selatan ekoran hubungan keruhnya dengan pihak pengurusan ekoran keengganan menandatangani kontrak baharu.

Real Madrid dikatakan menjadi punca kontroversi itu apabila memberikan tawaran ‘pintu belakang’ kepada Mbappe apabila merancang membawanya ke Santiago Bernebeu secara percuma selepas kontraknya berakhir Jun 2024. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI