fbpx

Empat lelaki rentung dalam kebakaran kereta di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta Proton Saga di lebuh raya WCE petang tadi. Ihsan JBPM Perak.

LUMUT – Empat lelaki rentung apabila kereta dinaiki lima orang terbakar di Kilometer (km) 220 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Ayer Tawar dekat sini petang tadi.

Seorang lelaki berusia 54 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Saga itu terselamat dalam kejadian tersebut

Mangsa bagaimanapun difahamkan mengalami kecederaan di kepala.

Difahamkan, semua mangsa yang merupakan pekerja kontrak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut dalam perjalanan pulang ke Ipoh sebelum kejadian itu berlaku kira-kira 2km dari susur keluar Plaza Tol Changkat Cermin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.11 petang.

“Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dibantu BBP Sitiawan, digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan itu mendapati sebuah kereta Proton Saga sedang terbakar dan empat orang berada dalam kenderaan tersebut, manakala seorang terselamat.

Beliau memaklumkan, setakat pukul 6.50 petang ini, dua mangsa yang rentung telah berjaya dikeluarkan, manakala usaha mengeluarkan dua lagi mayat sedang dilakukan.

Tambahnya, tiga daripada mangsa yang rentung berbangsa Cina dan seorang lagi adalah India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI