fbpx

Dua nelayan warga Myanmar ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Zon Kuala Kurau menahan dua nelayan warga Myanmar di perairan berdekatan Pulau Pasir Hitam kerana tiada dokumen sah semalam. - Foto Ihsan APMM

PARIT BUNTAR – Dua nelayan warga Myanmar ditahan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, kedua-dua nelayan itu ditahan di kedudukan 2.4 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam di sini sekitar pukul 6.30 petang.

“Semasa pasukan bot peronda melakukan rondaan di perairan Kerian dan Larut Matang, pihak kita telah mengesan sebuah bot sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan menemukan dua nelayan warga Myanmar termasuk tekong berusia 31 dan 38 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas bot,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati, bot itu memiliki lesen yang sah, namun tidak diusahakan oleh pemiliknya sendiri dan jentera utama juga telah diubah suai seperti yang termaktub di dalam lesen.

“Selain itu, kedua-dua nelayan juga tidak memiliki kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kesemua nelayan ditahan dan bot serta alat penangkapan ikan dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI