MACHANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat pendakwah terkenal, Ustaz Muhaizad atau Muhaizad Mohamed dan golongan agamawan di Madrasah Ribat Al-Musthofa, Kampung Bagan Bawah, Pulai Condong di sini, hari ini.
Anwar meluangkan masa hampir sejam bersama Muhaizad yang juga Penasihat Madrasah Ribat Al-Musthofa
Anwar bersama rombongan tiba kira-kira pukul 6.47 petang sebelum mendengar taklimat ringkas bersama warga kepimpinan madrasah berkenaan.
Perdana Menteri kemudiannya sempat makan malam dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama warga Madrasah Ribat Al-Musthofa.
Anwar ketika ditemui pemberita berkata, kehadirannya ke madrasah berkenaan untuk menziarah sahabat dan tuan guru.
“Ini adalah acara rutin saya setiap kali turun padang,” katanya.
Dalam pada itu, Muhaizad dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri apabila ia merupakan satu nikmat persaudaraan agama dan bangsa. – KOSMO! ONLINE.