fbpx

Zarina Anjoulie tayang kekasih ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJU bersama seorang lelaki yang difahamkan teman baharunya.

PELAKON yang juga wanita berstatus ‘janda meletup’, siapa lagi kalau bukan Zarina Anjoulie sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar bersama seorang lelaki kacak.

Difahamkan, lelaki muda itu merupakan seorang pelakon baharu dikenali sebagai Farez Ridzwan.

Bukan main lagi ‘taste’ Zarina atau mesra disapa Anju selepas sebelum ini kecoh kisah putus tunangnya bersama duda bernama Datuk Seri Khazrul Elzey pada sekitar Februari lalu.

Tindakan Anju memuat naik gambar bersama lelaki itu turut menarik perhatian ramai termasuk rakan artis iaitu pelakon, Fasha Sandha.

“Wah! Farez sangat comel dan baik. Cepat jadi adik ipar saya!” ujar Fasha.

Netizen pun nampaknya merestui hubungan Anju dan menyifatkan kedua-dua mereka begitu sepadan.

“Nice couple, sepadan sangat,” ujar seorang netizen.

“Ini baru sepadan, yang lepas macam bapak dengan anak,” komen seorang lagi netizen.

DIVA: Naik berbulu mata tengok perangai seorang artis baharu tergedik-gedik di tempat awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI