fbpx

[VIDEO] Matty Healy tidak serik, terus permain Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar persembahan kumpulan The 1975 yang dimuat naik di laman sosial.

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan rock terkenal, The 1975, Matty Healy terus mencetus kontroversi dengan mempermainkan Malaysia ketika membuat persembahan di Konsert Lollapalooza 2023, Jumaat lalu.

“Kamu semua ingin tahu tip ‘travel’ daripada saya? Jangan pergi ke…,” kata Healy sebelum ayatnya dipotong oleh petikan gitar ahli kumpulannya yang lain.

Menurut laporan media, Healy berkata demikian sebelum menyanyikan lagu ‘It’s Not Living If It’s Not With You’.

Terdahulu, The 1975 telah ‘digam’ daripada membuat sebarang persembahan di Malaysia selepas melakukan aksi tidak senonoh dengan mencium rakan sejantina di festival muzik Good Vibes yang berlangsung di Sepang, bulan lepas.

Bukan itu sahaja, vokalisnya turut memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Selepas kejadian tersebut, kumpulan The 1975 bertindak membatalkan konsert yang bakal berlangsung di Jakarta dan Taiwan yang dijadualkan pada bulan sama. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rolling Stone (@rollingstone)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI