fbpx

Rakyat diingatkan jaga martabat Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri selepas melepaskan konvoi kenderaan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kangar, hari ini.

KANGAR – Rakyat diingatkan agar menjaga martabat Jalur Gemilang dalam usaha menyemarakkan semangat patriotik di samping terus bersatu-padu dalam negara yang berbilang agama dan bangsa.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, nilai sehelai kain yang dipanggil bendera itu begitu tinggi martabatnya kerana ia adalah simbol kenegaraan dan perjuangan.

“Ketika waktu aman, bendera dianggap sebagai simbol kemakmuran, namun ketika peperangan ia adalah lambang maruah perjuangan yang mesti dipertahankan.

“Bendera kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dan tidak wajar dilakukan sesuka hati dan bagi mereka yang tinggi nilai patriotiknya, nyawa sanggup digadai mempertahankan helaian kain bercorak itu kerana bagi mereka itulah maruah mereka,” katanya ketika ditemui di Denai Larian Pangkalan Asam di sini, hari ini.

Katanya, rakyat juga dinasihatkan agar memasang bendera dengan betul pada tempat yang bersesuaian kerana jika tersilap memasangnya, ia umpama satu penghinaan kepada pemerintah dan negara.

Terdahulu, Mohd. Shukri merasmikan pelancaran sambutan Bulan Kebangsan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Perlis 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI