PETALING JAYA – Pulau Pinang menjadi contoh negeri yang maju ke hadapan dan memangkin ekonomi negara secara keseluruhannya.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat Pulau Pinang ketika ini sedang merasai nikmat kesejahteraan dan pembangunan pesat.
“Hasil pentadbiran yang stabil dan selari dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini
Pulau Pinang sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dikuasai oleh DAP.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO seterusnya memberi jaminan calon-calon BN akan membantu Pulau Pinang jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
“BN dengan calon-calon yang berwibawa akan membantu sekiranya menang nanti membawa kerajaan negeri ke arah masa hadapan yang lebih bermakna,” katanya. – KOSMO! ONLINE