fbpx

PRN: Calon PH DUN Machang Bubok pengsan di pusat khidmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khai Loon didapati pengsan di pusat khidmatnya selepas pulang berkempen di sekitar DUN Machang Bubok, hari ini.

GEORGE TOWN – Calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon didapati pengsan di pusat khidmatnya, hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, Khai Loon ,45, didapati pengsan di pusat khidmatnya kira-kira pukul 11 pagi tadi iaitu selepas pulang daripada berkempen di kawasan Machang Bubok.

”Dia (Khai Loon) dilaporkan dalam keadaan stabil ketika ini, Khai Loon mungkin keletihan akibat cuaca panas pagi ini.

“Dia tidak mempunyai penyakit yang serius, dia juga sedang berehat di rumahnya hari ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Bakhtiar, Khai Loon seorang yang kuat bekerja dan beliau difahamkan sejak memulakan kempen pada 29 Julai lepas, Khai Loon telah berkempen dan turun padang untuk bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan Machang Bubok.

”Ekoran kejadian ini, kesemua kempen dan program yang dirancang oleh jentera parti untuk Khai Loon terpaksa dibatalkan hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI