fbpx

PRN: Anwar terima kekalahan di Permatang Pauh, tapi mahu menang di tiga kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap sempena program Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Guar Perahu, Bukit Mertajam malam tadi.

SEBERANG PERAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau reda dengan kekalahan PKR dan Pakatan Harapan (PH) di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tempoh hari.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berharap agar keputusan pada PRU-15 itu tidak akan mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Baru ni (PRU-15) memang kita kalah di Permatang Pauh. Tapi, tak apa. Saya hormat (keputusan pengundi). Ada saya kata apa-apa? Tak ada.

“Tapi, kali ini saya nak DUN (Dewan Undangan Negeri) Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya serta calon-calon PH dan BN (Barisan Nasional) yang lain membantu untuk memberikan kemenangan bergaya kepada kerajaan perpaduan ini,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Guar Perahu, Bukit Mertajam di sini malam tadi.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau tidak akan sesekali mensia-sia amanah yang diberi sebagai Perdana Menteri selepas 25 tahun menunggu untuk mendapatkan mandat tersebut daripada rakyat.

“Tahun 1998 dan tahun 1999 dulu, orang dah maki saya berbakul-bakul. Apa yang tak dicakap? Semua dia kata.

“Tapi, saya tak pernah lupa jasa orang dan saya tak mahu jawab dengan menghukum orang lain pula,” katanya yang berharap agar kerajaan yang dipimpinannya ketika ini akan kekal hingga tempoh penggal berakhir nanti.

Anwar turut mengulangi keyakinannya untuk mempertahankan ketiga-tiga negeri yang dikuasai PH sebelum ini iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selain menyasarkan satu atau dua lagi negeri khususnya Kedah termasuk DUN Jeneri untuk ‘ditawan’ pada PRN nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI