fbpx

Penggiat seni, usahawan kreatif jana RM400,000 menerusi Kembara RIUH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching (duduk dua dari kiri) hadir di Kembara RIUH 2023 di Juru Autocity di sini, semalam. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Penggiat seni dan usahawan kreatif berjaya menjana hasil jualan mencecah RM400,000 menerusi Kembara RIUH 2023 yang berlangsung di Selangor dan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Zainariah Johari berkata, pelbagai aktiviti diadakan bagi memasyarakatkan industri kreatif tempatan sekali gus memupuk nilai kebersamaan serta nasionalisme dalam kalangan masyarakat.

“Bertepatan dengan konsep Malaysia Madani, program yang direncanakan menjadi salah satu usaha untuk melonjakkan industri kreatif Malaysia.

“Secara keseluruhannya, lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan program yang diadakan di dua lokasi iaitu di Kuala Kubu Bharu pada minggu lepas dan di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kembara RIUH 2023 di Juru Auto City, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi bin Md. Isa.

Terdahulu, program sama turut diadakan di Kuala Kubu Bharu pada 28 sehingga 30 Julai lalu melibatkan aktiviti kesenian dan kreativiti, pameran pendidikan dan kerjaya, pemeriksaan kesihatan gigi termasuk program interaktif komuniti yang dijalankan khusus buat pengunjung.

Selain itu, barisan artis tanah air popular turut mengadakan persembahan antaranya Ella, Anuar Zain, Faizal Tahir, Kaka Azraff, Insomniacks serta Bunkface. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI