fbpx

Misteri kehilangan terjawab, bapa temui mayat anak di bangunan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu terjawab apabila ditemui mati di sebuah bangunan lama di Jalan Sembulan kelmarin.

KOTA KINABALU – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu terjawab apabila ditemui mati di sebuah bangunan lama di Jalan Sembulan kelmarin.

Lebih memilukan, mayat mangsa berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran ditemui oleh bapanya sendiri kira-kira pukul 8 pagi selepas dua hari berusaha mencari anak lelakinya itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan bekas bangunan lama Jalan Sembulan.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring.

“Hasil pemeriksaan awal oleh doktor dari Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengesahkan kematian pada pukul 9.07 pagi dan dibahagian tangan kiri mangsa terdapat kesan luka dipercayai patah akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, bangunan lima tingkat berkenaan sudah lama ditinggalkan dan mangsa dipercayai naik ke tempat simpanan tangki air sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut l, Mohd Zaidi berkata, terdapat kesan tapak kaki di kawasan tangga bangunan selain polis menemui alat ‘portable vapor’ dipercayai milik mangsa.

“Polis percaya tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas. Hasil siasatan di tempat kejadian oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah tiada unsur-unsur jenayah dan tiad menemui sebarang senjata.

“Siasatan juga mendapati mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua hari sebelum ahli keluarga bertindak untuk mencari mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa sudah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabth (HQE) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI