fbpx

Manifesto PH-BN: Anak Negeri Sembilan kahwin kali pertama terima RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin Harun (empat dari kanan) dan Jalaluddin (empat dari kiri) ketika melancarkan Manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, di Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Anak-anak Negeri Sembilan yang pertama kali mendirikan rumah tangga bakal menerima bantuan RM500, merupakan antara 70 inisiatif dalam manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.

Manifesto tersebut merupakan dokumen Aku Janji ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang akan dilaksanakan jika gabungan itu diberi mandat untuk mentadbir kerajaan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15, pada 12 Ogos ini.

Menurut Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, manifesto berkenaan berteraskan lima tekad bagi mencapai Negeri Maju, Ekonomi Mampan dan Rakyat Sejahtera.

Menurutnya, selain Skim Sejahtera Rakyat yang diumumkan, terdapat 70 inisiatif menerusi 10 teras utama yang terkandung dalam manifesto berkenaan untuk ditawarkan kepada rakyat Negeri Sembilan.

“Ia meliputi ekonomi dan pelaburan, pendidikan dan modal insan, kesejahteraan rakyat, belia dan wanita serta teras khusus untuk Felda,” katanya, selepas Majlis Pelancaran Manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI