fbpx

Manifesto dulu belum selesai, kini tabur lagi janji manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengundi semakin bijak dalam memilih wakil rakyat termasuk menilai kemampuan parti dalam menunaikan manifesto yang ditawarkan.

PETALING JAYA – Janji-janji manis untuk ditawarkan oleh parti-parti bertanding setiap kali tibanya musim Pilihan Raya bakal menjerat diri sendiri sekiranya gagal dilaksanakan dan memuaskan hati pengundi.

Pakar Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr. Fauzi Abdul Hamid berkata, rakyat ketika ini hanya mahukan keadaan ekonomi negara yang baik, peluang pekerjaan yang luas serta harga barang stabil.

“Jangan berjanji terlalu manis, nak hapus itu ini. Janji-janji sebegitu sebenarnya akan memakan diri sendiri. Baik pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang .

“Rakyat sebenarnya nampak, janji-janji yang diberikan sebelum ini tidak berlaku dalam sekelip mata, sepatutnya beri perhatian kepada janji itu dulu,” jelasnya kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, janji yang tidak ditunaikan sebelum ini ja­ngan dipandang sebelah mata kerana ia akan ditagih dan boleh menghilangkan keyakinan rakyat.

“Janji sebenarnya adalah yang paling bahaya, ia akan ditagih jika ia tidak dilaksanakan. Sepatutnya pihak yang berjanji perlu minta maaf,” katanya.

Dalam pada itu, kelompak tidak berparti atau disebut pe­ngundi terapung adalah golongan paling penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Katanya, golongan yang mewakili 50 peratus pengundi ini akan bergantung kepada hujahan parti bertanding dan akan menyokong parti yang boleh memberi keyakinan dan kepercayaan kepada mereka.

“Sebenarnya golongan ini paling ramai dan perlu diberi perhatian lebih. Calon serta parti bertanding perlu pandai memberi kayakinan kepada mereka untuk memberi sokongan nanti,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI