fbpx

Lapan bulan tak lena tidur, takut ditimpa batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh yang terletak berdekatan Pangsapuri Bukit Kecil, Kuala Terengganu. – PUQTRA HAIRRY

KUALA TERENGGANU – Penduduk Pangsapuri Bukit Kecil, di sini hidup dalam kebimbangan sejak lebih lapan bulan lalu ekoran kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran.

Kejadian tanah runtuh terbaharu pada Rabu lalu adalah kali kedua berlaku di kawasan pangsapuri berkenaan sejak Disember tahun lalu.

Seorang penduduk, Abdullah Majid, 53, mendakwa, lebih 200 penduduk di blok pangsapuri itu tidak tidur lena setiap malam memikirkan keselamatan ke­luarga dan harta benda.

Katanya, blok pangsapuri yang didiaminya hanya terletak kira-kira 50 meter dari kawasan runtuhan terbabit.

“Kami risau runtuhan itu bakal menjadi buruk dalam ke­adaan cuaca tidak menentu pada masa ini.

“Jika terus dibiarkan, kawasan perumahan kami berisiko tinggi ditimpa bongkah batu yang terdapat di lereng bukit berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Che Ku Hashim Che Mat, 55, pula mendakwa, lebih membimbangkan apabila kawasan parkir yang terletak berhampiran lereng bukit terbabit menjadi tempat bermain kanak-kanak.

“Pihak berkuasa sekadar me­ninjau kawasan runtuhan ber­kenaan beberapa kali dan memasang kain kanvas.

“Sudah lebih lapan bulan berlalu, tiada langkah membaiki cerun bukit diambil, kanvas dipasang pun sudah koyak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI