fbpx

Isteri Syahmi Sazli mohon maaf bersuara isu air, reda bisnes diboikot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nissa memohon maaf secara terbuka di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Isteri pempengaruh dan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul memohon maaf secara terbuka di Facebook hari ini berhubung luahannya mengenai isu air di Kelantan kelmarin.

Anissa atau lebih dikenali sebagai Nissa juga reda sekiranya ada pihak luar bertindak memboikot perniagaannya bersama suami ekoran teguran terbuka yang dibuat sebagai rakyat negeri Kelantan.

“Nissa minta maaf tentang isu Nissa bersuara haritu (kelmarin) menyebabkan ada pihak kurang senang.

“Yang mana komen hendak boikot bisnes Nissa dan Syahmi, Nissa reda. Setiap pilihan yang dibuat pasti ada risikonya,” luahnya.

Tambah Nissa, dia juga berterima kasih kepada mereka yang masih setia menyokongnya dan suami serta memberikan kata-kata semangat untuk tidak lemah berdepan dengan kecaman daripada netizen.

“Bagi yang memberikan kata semangat dan terus support (sokong) Nissa dan Syahmi, Nissa ucapkan terima kasih banyak-banyak. Semoga urusan korang (anda) semua dipermudahkan,” balasnya.

Terdahulu, Anissa dalam hantaran di Facebooknya meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila masalah air di Kelantan masih tidak diselesaikan meskipun sudah lebih 30 tahun pihak terlibat memerintah pentadbiran negeri.

Luahnya, air merupakan keperluan penting buat semua orang bagi melakukan sebarang aktiviti harian terutama mengambil wuduk untuk mengerjakan solat.

Bagaimanapun, semalam Syahmi mempersoal semula reaksi netizen yang ‘menyerang’ isterinya selepas wanita itu berkongsi keluhan mengenai masalah air yang tidak berkesudahan.

Katanya, sekiranya tindakan mereka menyentuh isu tersebut dianggap satu kesalahan, maka tidak akan berlaku perubahan di kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI