fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 6 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melanda enam negeri sehingga pukul 5 petang, hari ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, antara kawasan berisiko adalah di Kedah melibatkan Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, di Kelantan merangkumi daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

“Bagi negeri Pahang, cuaca buruk yang sama lebih tertumpu sekitar Raub dan Bentong serta Hulu, Langat, Selangor pada petang ini.

“Di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu serta beberapa kawasan di Sarawak, antaranya Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI