fbpx

Hujan lebat di 7 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk di beberapa buah negeri, pagi ini.

Menurut hantaran di laman sesawang MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hanya akan melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Di Semenanjung, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Selangor, manakala di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, hujan diramal turun di beberapa kawasan.

“Tiada hujan diramal berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya dalam hantaran sama.

Menurut laporan sama, cuaca buruk diramal berlaku di satu dua tempat melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Labuan di Sabah.

“Hujan lebat juga diramal berlaku di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah, Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI