fbpx

Hoki: Speedy Tigers mahu malukan India di ACT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara berjaya meraih kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini dan mahu meneruskan momentum berkenaan bertemu India malam ini.

KETUA jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj enggan anak-anak buahnya terlalu selesa dengan momentum semasa selepas berjaya menerajui carta liga sepusingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India ketika ini.

Speedy Tigers muncul satu-satunya pasukan dengan rekod kemenangan bersih setakat dua perlawanan selepas menewaskan Pakistan 3-1 dan China 5-1 selepas Jepun bangkit mengikat India 1-1 kelmarin.

Justeru, Arul berharap barisan pemain tidak leka dan memberikan persembahan lebih mantap menjelang aksi ketiga yang merupakan cabaran sebenar apabila menentang India di Stadium Mayor Radhakrishnan hari ini.

“Semua orang tahu India bermain di Liga Pro FIH dan prestasi mereka melonjak dalam setiap perlawanan di sana. Jadi, kami akan bersedia sebaiknya dengan perancangan permainan kami.

“Kami tak akan menukar rentak apabila turun berdepan India. Kami akan bermain rentak Speedy Tigers, jadi saya harap para pemain mengambil waktu rehat hari ini untuk tenangkan mental, emosi dan fizikal.

“Saya mahu kami mengulangi persembahan dominan seperti dilakukan ke atas Pakistan dan China. Kami perlu terus menguasai pukulan sudut penalti,” kata Arul.

Penyerang negara, Muhammad Firhan Ashari berada dalam kelas tersendiri pada saingan ACT apabila mendahului senarai penjaring terbanyak dengan empat gol.

Firhan berjaya meledak dua gol buat aksi kedua berturut-turut ketika menang 5-1 ke atas China kelmarin selain tiga lagi jaringan negara dalam aksi itu diperoleh menerusi Faizal Saari, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI