fbpx

FIFA didesak ubah tarikh perpindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAB-kelab dari EPL menyuarakan kebimbangan pemain mereka dibeli pada saat akhir oleh kelab dari Arab Saudi sekiranya tarikh tutup jendela perpindahan Arab Saudi berbeza berbanding mereka. - AFP

LONDON – Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mendesak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mengubah tarikh akhir pendaftaran pemain di Liga Arab Saudi supaya ia sama dengan saingan di Eropah.

Ketika ini, 7 September adalah tarikh akhir untuk kelab di Arab Saudi melengkapkan urusan perpindahan dan ia berbeza di Eropah apabila tarikh tutup bagi jendela perpindahan berkenaan adalah seminggu lebih awal.

Perkara ini dijangka dibincangkan oleh kelab-kelab EPL pada mesyuarat sulung pemegang taruh yang dijangka berlangsung bulan depan sebagai salah satu tindakan bagi mengelak daripada mereka kehilangan pemain disaat-saat akhir dan memberi kesan kepada perancangan pasukan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menjadi antara individu yang menyedari kebimbangan selepas hilang dua tonggak tengah, Jordan Henderson dan Fabinho kepada kelab Arab Saudi.

Sepanjang jendela perpindahan musim panas kali ini, kelab-kelab dari Liga Arab Saudi sudah pun berbelanja lebih £350 juta (RM2 bilion) untuk mendapatkan pemain-pemain elit serta berprofil tinggi dari Eropah dan nilai itu dijangka akan terus meningkat.

Bagaimanapun, proses mengimplementasi perubahan berkenaan mungkin tidak akan dilaksanakan pada musim kali ini kerana FIFA menganggap ia sudah agak terlewat

FIFA tidak akan melakukan sebarang perubahan pada sesi kali ini kerana ia sudah pun dianggap terlambat.

Sebelum ini, Liga Super China memberi masalah kepada kelab-kelab di Eropah apabila tarikh tutup jendela perpindahan musim sejuk mereka adalah 28 Februari, namun liga tersebut ketika ini bukan lagi menjadi ancaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI