fbpx

Eva suka lelaki matang, sentiasa ada bersamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eva kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang jurusan perniagaan di Sabah.

Wajah yang menghias ruangan Pesona Ahad minggu ini merupakan seorang penggemar kopi dan bercita-cita besar membuka kedai minuman berkenaan suatu hari nanti.

Cintanya dalam bidang perniagaan seawal usia sembilan tahun mendorong Eva Ayub, 23, menyambung pengajian dalam jurusan bisnes di sebuah institusi pengajian tinggi di Kota Kinabalu, Sabah.

Tekad pempengaruh cantik ini adalah mahu mengikut jejak langkah bapanya yang mengusahakan kedai kopi.
Kepada Kosmo! Ahad, Eva bercerita mengenari dirinya yang teruja menjadi pempengaruh.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai diri Eva?
Eva: Minat dengan dunia dunia perniagaan sejak berusia sembilan tahun. Eva pernah jual nota-nota pelajaran termasuk Sejarah serta Matematik dan ramai sangat yang beli.
Apa yang buat Eva terharu, ada yang beli nota dan terus dapat markah tinggi dan skor dalam subjek berkenaan. Eva juga pernah buka booth dengan kawan-kawan jual gelang masa di sekolah menengah dulu.

Bagaimana bermula sebagai pempengaruh?
Eva mula dikenali pada 2018 selepas muat naik selfie di Twitter dan sejak dari situlah pengikut makin bertambah.
Eva mula dengan perkongsian travel dan reviu produk. Alhamdulillah, Eva boleh jana pendapatan yang lumayan.

Kehidupan sebagai penuntut, influencer?
Bukan mudah untuk bahagikan masa dalam dua bidang yang Eva suka. Paling penting saya sentiasa rancang aktiviti untuk keesokan harinya. Fokus untuk selesaikan perkara yang penting dahulu.

Impian Eva?
Saya cuba kumpul sebanyak mana ilmu dan pengalaman kerana bergelar usahawan adalah minat saya. Kalau boleh Eva mahu meneruskan legasi kedai kopi yang diusahakan bapa sebelum ini. Kalau sebagai pempengaruh, Eva teringin bekerja dengan jenama-jenama besar seperti Dior dan Chanel.

Pesanan kepada pe­ngundi enam negeri?
Pilih pemimpin yang sentiasa hadir untuk komuniti, bukan mereka yang muncul semasa pilihan raya sahaja. Selain itu, pilih calon mahir dalam berkomunikasi supaya boleh berinteraksi de­ngan orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan calon ini mesti yang berpendidikan tinggi serta mempunyai pengetahuan luas tentang pelbagai isu.

Rahsia kecantikan?
Eva sentiasa amalkan guna sheet mask setiap malam untuk dapatkan kulit yang sihat, bersih dan berseri.

Ciri-ciri lelaki idaman Eva?
Seorang yang matang, positif dan sokong apa yang Eva buat. Paling penting, Eva perlukan lelaki yang sentiasa ada waktu susah dan senang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI