fbpx

EPL: Nkunku tidak alami cedera serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NKUNKU mengalami kecederaan lutut ketika menentang Dortmund, namun ia tidak begitu serius dan hanya perlu berehat beberapa minggu. - AFP

LONDON – Saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum bermula, namun Chelsea sudah mula dilanda resah apabila tonggak serangan, Christopher Nkunku mengalami kecederaan menjelang aksi pembuka tirai menentang Liverpool minggu depan.

Bekas penyerang RB Leipzig itu berdepan kecederaan lutut ketika beraksi menentang Borussia Dortmund pada aksi persahabatan Khamis lalu sehingga menyebabkan dia terpaksa dikeluarkan lebih awal.

Bagaimanapun, The Blues masih boleh menarik nafas lega apabila pemeriksaan awal yang dilakukan terhadap Nkunku bukanlah kecederaan serius walaupun dia mungkin diketepikan untuk tempoh beberapa minggu.

Walaupun bek tengah Chelsea, Thiago Silva merungut mengenai keadaan padang di Stadium Soldier Field, namun pengurus, Mauricio Pochettino menganggap ia adalah perkara biasa dalam bola sepak.

“Saya tidak pasti mengenai perkara itu (keadaan padang), tetapi saya enggan merungut. Memang betul kami ambil risiko kerana permukaan padang yang tidak sempurna, tetapi nasib tidak menyebelahi kami.

“Saya tidak mahu jadikan keadaan padang sebagai alasan dia (Nkunku) cedera. Bagi saya, kami cuma tidak bernasib baik pada perlawanan tersebut,” kata bekas pengendali Tottenham Hotspur itu.

Memandangkan Nkunku tidak dapat diturunkan ketika melayan kunjungan Liverpool di Stamford Bridge minggu depan, Chelsea dijangka meletakkan harapan sama ada kepada Mykhailo Mudryk ataupun Ian Maatsen bagi mengisi kekosongan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI