fbpx

Wanita hempas telefon bimbit, pukul muka pelajar UTAR ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita terbabit menghempas telefon bimbit milik salah seorang pelajar.

KAJANG – Wanita tempatan ditahan setelah tindakan agresifnya membuang telepon bimbit dan memukul muka seorang pelajar kolej swasta menggunakan buku di sebuah kedai serbaneka, di sini, pada Selasa lalu.

Difahamkan, insiden berkenaan bermula di pekarangan kolej terbabit iaitu di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Sungai Long.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima satu laporan dari pengadu berusia 20 tahun yang merupakan pelajar kolej berkenaan kira-kira pukul 4.08 petang.

Kejadian berlaku ketika pengadu bersama rakannya berada di pekarangan kolej sekitar pukul 2 petang.

Jelasnya, wanita berusia 51 tahun telah meminta tolong untuk meminjam telefon bimbit bagi membuat panggilan tetapi pengadu dan rakan beritahu mereka sedang menggunakan telefon bimbit untuk menjalankan tugasan kerja pembelajaran.

“Suspek secara tiba-tiba merampas telefon bimbit miliknya dari rakan pengadu dan terus membaling ke arah jalan raya sehingga mengalami kerosakan.

“Pengadu meminta suspek bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah kerosakan telefon bimbit miliknya sehingga suspek masuk ke dalam sebuah premis serbaneka yang berdekatan untuk berbincang.

“Anggota yang berada di lokasi telah meminta pengadu membuat laporan manakala suspek pula diminta ikut ke balai. Namun, suspek tiba-tiba memukul muka pengadu dengan sebuah buku,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, pihaknya telah menangkap suspek dan merampas sebuah buku yang digunakan untuk memukul pengadu semasa kejadian bagi membantu siasatan.

“Suspek direman tiga hari bermula Jumaat sehingga esok manakala kes disiasat dibawah Seksyen 427 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya mempunyai maklumat kejadian, berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI