fbpx

Suami pertikai duit belanja RM120 sebulan, isteri hanya masak taugeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu bosan dihidangkan masakan taugeh hampir setiap hari. - Food Network

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia dikecam netizen di TikTok selepas mengadu dia sudah memberikan wang belanja bulanan yang mencukupi, namun isterinya hanya memasak hidangan taugeh hampir setiap hari, lapor laman berita Suara.com semalam.

“Inilah masalah isteri saya. Sebulan saya beri 400,000 rupiah (RM120) untuk belanja makan dengan larangan untuk tidak membeli bedak dan alat solek,” katanya.

Lelaki itu mengasingkan wang tersebut supaya isterinya membeli sayur-sayuran dan lauk manakala gas dan beras akan disediakannya sendiri.

“Masalahnya, isteri saya hanya masak hidangan taugeh bulan ini. Apabila ditegur, saya dimarah kerana wang tidak cukup untuk membeli daging.

“Ibu meminta saya bercerai tetapi susah kerana duit mas kahwin dan kos kenduri yang digunakan cukup banyak,” jelasnya.

Kisah lelaki itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Buat apa masak taugeh, padahal 400,000 rupiah itu cukup beli garam. Makan sahaja garam tanpa nasi, tahan sebulan,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI