fbpx

PRN: Kon Yeow tetap calon Ketua Menteri P. Pinang – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

GEORGE TOWN – Rakyat Pulau Pinang diminta agar tidak terpengaruh dengan mana-mana dakwaan tidak berasas yang menyatakan bahawa Chow Kon Yeow tidak akan dilantik sebagai Ketua Menteri selepas ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana dakwaan itu dicetuskan oleh pihak-pihak yang kecewa kerana tidak dapat menjadi calon dalam PRN kali ini.

“Siapa punya dakwaan itu, saya sudah beri kenyataan secara terbuka bahawa pilihan kita sebagai Ketua Menteri adalah Chow Kon Yeow apabila kita dapat membentuk kerajaan negeri.

“Jadi kita akan pastikan bahawa sokongan kepada beliau (Kon Yeow) memimpin kerajaan negeri penggal depan. Itu adalah komitmen dan pendirian DAP, jangan dengar dakwaan tak sahih itu.

“Dakwaan ini adalah daripada mereka yang kecewa sebab mereka tidak dapat jadi calon, mereka kecewa mereka akan buat macam-macam dakwaan,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, DAP bersetuju untuk menamakan Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung bulan depan.

Bagaimanapun, timbul dakwaan pada masa ini bahawa Kon Yeow akan disingkirkan daripada jawatan berkenaan selepas kerajaan negeri dibentuk nanti.

Menurut Anthony, suara-suara pihak lain sebenarnya tidak mewakili pendirian serta pandangan DAP, malah dakwaan yang dilemparkan mengenai status Kon Yeow itu dibuat hanya untuk mengeruhkan keadaan.

“Mereka mengambil kesempatan untuk timbulkan satu keadaan yang tidak menentu kepada orang ramai. Jadi saya harap orang ramai dan rakyat negeri ini tidak terpengaruh dgn dakwaan yang tidak berasas ini,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI