fbpx

Polis ‘ikuti’ gadis buta ke sekolah setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis akan mengikuti gadis itu tanpa pengetahuannya. - SCMP/Weixin

BEIJING – Tindakan beberapa anggota polis di timur China yang mengikuti seorang gadis buta dan bertindak sebagai pengawalnya selama lebih 400 hari mendapat perhatian orang ramai, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

Sejak awal 2022, pegawai yang ditugaskan mengawal stesen kereta api bawah tanah Gulou di Ningbo, wilayah Zhejiang itu menemani gadis cacat penglihatan itu secara rahsia setiap kali dia melalui kawasan itu.

Walaupun ditemani seekor anjing, mereka masih akan menemani gadis itu ketika dia berjalan memasuki kawasan paling sibuk di bandar itu sehingga dia selamat keluar.

“Dia mungkin pelajar sekolah menengah kerana apabila diperhatikan, anggaran masa dia muncul di stesen adalah tetap.

“Pada mulanya, salah seorang saudaranya menemaninya selama beberapa hari, tetapi kemudian dia berjalan sendirian dengan anjing,” kata salah seorang polis, Mo Fei.

Mo dan rakan sekerjanya sejak itu telah melakukan amalan rutin di mana mereka akan mengikuti gadis itu tetapi berada pada jarak 2 hingga 3 meter.

“Saya rasa saudara mara gadis itu dan anjingnya pasti menyedari kewujudan kami, tetapi mereka tidak memberitahunya. Jadi dia tidak sedar keberadaan kami dan kami sanggup menemaninya secara rahsia,” tambahnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI