fbpx

Piala Malaysia: Kelantan United tewas 0-1 di tangan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah Kelantan United, Sirojiddin Rakhmatullaev (dua dari kanan) diasak dua pemain Negeri Sembilan pada aksi saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Kelantan United FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila tewas tipis dengan jaringan 0-1 kepada Negeri Sembilan FC pada perlawanan pertama pusingan 16 saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini petang tadi.

Kelantan United pada awal perlawanan melalukan banyak gerakan berbahaya, namun tidak dapat menghasilkan jaringan.

Negeri Sembilan FC yang berjaya menyerap tekanan pasukan tuan rumah akhirnya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-27 menerusi pemain sayap, Sean Selvaraj.

Ketinggalan satu jaringan, Kelantan United cuba bangkit, namun ketumpulan barisan serangan pasukan itu menyaksikan keputusan 0-1 kekal hingga tamat babak pertama.

Kemasukan pemain tengah import, Oj Porteria mengubah corak permainan Kelantan United apabila berjaya menguasai perlawanan, namun masih gagal untuk mencetak jaringan.

Pasukam tuan rumah terus mendominasi permainan sehingga minit-minit akhir perlawanan, namun hasrat mereka untuk mencari gol penyamaan tidak berhasil.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat perlawanan dan Negeri Sembilan hanya membawa bekalan sedikit untuk dibawa pulang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI