fbpx

Kerajaan teliti punca pekebun kecil tidak turun menoreh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH Yusof turut mencuba menoreh getah ketika mengadakan lawatan ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) Kampung Kuala Sawah, Rantau, Seremban hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Kerajaan akan meneliti punca utama menyebabkan rakyat sudah tidak lagi memilih untuk menoreh getah termasuk berkaitan harga lantai getah sekerap ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sememangnya terdapat permintaan supaya kerajaan meneliti semula harga lantai sekerap bagi mendorong pekebun kecil getah kembali menoreh

“Itu memang permintaan dan kami sedang mengkaji dan berharap dalam belanjawan yang akan datang dapat menyemaknya semula. Apa yang lebih penting untuk kita memahami di peringkat akar umbi mengapa orang tidak menoreh apakah harga yang munasabah untuk menggalakkan mereka menoreh.

“Ramai yang minta RM3, RM4 pun ada, kita kena lihat keseluruhan data itu nanti supaya akhirnya kita dapat menggalakkan orang untuk menoreh. Pelbagai aktiviti kita laksanakan di samping meneruskan aktiviti mengeluarkan getah beku dan mengalakkan penghasilan susu getah,” katanya .

Beliau berkata demikian pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) Kampung Kuala Sawah, Rantau di sini hari ini.

Menurutnya lagi, Lembaga Getah Malaysia (LGM) juga akan melancarkan satu projek perintis bagi melihat pendekatan baharu bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil.

“Ia juga bagi meningkatkan pendapatan kepada pekebun kecil termasuk integrasi daripada segi tanaman lain misalnya membela ayam dan insentif supaya mereka tidak bergantung pada getah dan mengimbangi dengan pendapatan yang lain.

“Setakat ini, getah ditentukan pada harga pasaran yang kami bantu daripada segi lantai telah yang telah dinaikkan kepada RM2.70 dan diluluskan pada Bajet 2023 ini. Bagi tahun hadapan, kami sedang berbincang dengan kerajaan bagaimana kita dapat melihat pada harga lantai in.

“Setakat ini jumlah penoreh adalah seramai 28,528, bagaimanapun, yang aktif hanya 18,000 orang maknanya 10,000 tidak turun menoreh, itu yang kami mahu cari sebab mengapa mereka (penoreh) tidak turun menoreh.

“Kadang-kadang ia berkaitan faktor umur, harga tidak begitu baik kerana mereka tidak turun menoreh sebab itu memberi insentif LPG supaya menggalakkan untuk terus menoreh dan mendapat hasil daripada torehan mereka,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI