fbpx

K2

Imaginasi sains fiksyen retro di kafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantulan cahaya pada siling berwarna-warni menaikkan mood ruang angkasa.

TIADA limitasi terhadap tahap kreativiti yang mampu diaplikasikan dalam hiasan dalaman termasuk idea mengenai kehidupan di angkasa.

Idea berkenaan makhluk asing berkepala besar dan berbadan kurus turun ke Bumi sentiasa berada dalam imaginasi peminat sains fiksyen.

Fenomena tersebut ketara pada era 1960-an apabila terdapat banyak filem sains fiksyen yang memaparkan kehidupan masyarakat pada abad ke-21.

Dalam ramalan mereka, masyarakat masa kini memiliki teknologi tinggi, berpakaian seperti orang di angkasa dan memiliki akses untuk berkomunikasi dengan makhluk asing.

Terpesona dengan pemikiran tersebut, pemilik sebuah kafe yang hanya mahu dikenali sebagai Kam, 32, memilih tema sains fiksyen sebagai konsep dekorasi kafenya.

“Konsep kehidupan angkasa yang diramalkan oleh peminat sains fiksyen era 1960-an terhadap masyarakat abad ini menarik perhatian saya.

“Ini kerana ia sangat berbeza dengan realiti yang kita hadapi sekarang. Bermula dari situ, cetusan idea untuk dekorasi kafe ini datang,” katanya.

Sesuai dengan aspirasi itu, pelanggan yang menjejakkan kaki di kafe berkeluasan 1,200 kaki persegi tersebut bakal terasa seperti berada di set penggambaran sains fiksyen.

Nilai estetik futuristik terserlah menerusi kepelbagaian reka bentuk geometri perabot di dalam kafe terletak di Kota Damansara, Selangor itu.

Pantulan cahaya pada siling berwarna-warni turut menaikkan lagi mood seakan-akan berada di dalam ruang angkasa.

Tidak ketinggalan, corak retro pada bahagian dinding diletakkan bagi merujuk kepada tahun atau era filem yang menjadi inspirasi dekorasi itu.

Makhluk
asing merupakan antara elemen yang diketengahkan.

Demi melengkapkan lagi suasana, sebuah televisyen lama berbentuk bulat turut disertakan dalam dekorasi dan sering menjadi lokasi pelanggan merakam foto kenangan.

Menurut Kam, kos keseluruhan hiasan dalaman kafenya itu mencecah kira-kira RM10,000.

“Kami memerlukan masa lima bulan untuk melengkapkan hiasan dalaman ini. Kebanyakan masa kami dihabiskan dengan mencari perabot dan lampu.

“Rekaan yang kami cari bukan rekaan mainstream (arus perdana) dan tidak dapat di kedai perabot biasa. Jadi, kami banyak membuat tempahan khas di dalam internet,” ujarnya.

Bagi merealisasikan idea unik tersebut, Kam mengambil rujukan daripada pelbagai sumber agar ia tidak sekadar melepaskan batuk di tangga.

Antara usaha yang dilakukan adalah menonton semula filem sains fiksyen era 1960 an seperti 2001: A Space Odyssey dan Space. Selain itu, dia juga banyak merujuk rekaan arkitek-arkitek yang terkenal dengan idea futuristik seperti Eero Aarnio, Verner Panton, Arne Jacobsen dan Eero Saarinen.

Kongsinya lagi, nama kafe Homesick Alien diambil daripada tajuk lagu penyanyi antarabangsa, Radiohead.

“Tajuk lagu dan lirik lagu sesuai dengan konsep yang mahu diterapkan. Ia berkenaan perasaan dibawa ke angkasa untuk melihat suasana di sana.

“Jadi, konsep ini lengkap. Daripada nama kedai, dekorasi dan menu,” jelasnya.

Untuk pengetahuan, kafe itu kini ditutup buat sementara waktu sehingga notis pembukaan diberitahu kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI