fbpx

Ibu minta anaknya usia 16 tahun bercerai dengan wanita 41 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki berkahwin dengan wanita berusia 41 tahun di Sambas, Kalimantan Barat pada 30 Julai lalu. - Facebook

JAKARTA – Ibu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun membuat cadangan supaya anak lelakinya itu bercerai dengan isterinya yang berumur 41 tahun, lapor portal berita Serambinews.com hari ini.

Alasan yang dikemukakannya ialah anak lelakinya itu belum lagi cukup umur untuk bergelar suami kepada wanita tersebut walaupun sudah dua tahun bekerja.

Ibu itu adalah kenalan baik kepada wanita berusia 41 tahun yang bernama Mariana.

Mariana berkahwin dengan remaja lelaki itu pada 30 Julai lalu di Sambas, Kalimantan Barat dan perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi di Indonesia.

Berikutan pelbagai kritikan terhadap perkahwinan mereka, Mariana akhirnya mengaku bahwa pernikahannya dengan remaja lelaki tersebut belum lagi sah.

“Sah secara agama, belum (lagi di) negara (ini),” kata Mariana.

Menurutnya, perkahwinan tersebut akan didaftarkan secara sah ketika umur suaminya itu sudah berusia 19 tahun.

“Tunggu umur 19 tahun, baru resmi (rasmi),” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI