fbpx

Hujan lebat di hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di hampir seluruh negara petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa daerah di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang dan Gua Musang).

“Keadaan sama juga dijangka berlaku di daerah Jasin, Melaka. Sementara itu di Kedah, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Langkawi, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, amaran sama juga dikeluarkan bagi beberapa daerah di Terengganu iaitu Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Sementara itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin, Pahang.

“Manakala di Perak, hujan lebat lebih tertumpu di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Pulau Pinang hanya melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Hujan lebat juga diramalkan berlaku di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Di Johor pula, cuaca sama dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Mersing.

“Keadaan sama turut diramalkan melanda beberapa kawasan di Sabah iaitu di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI