fbpx

Hijrah 4 selebriti wanita Malaysia tinggalkan glamor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT artis wanita tanah air yang memilih meninggalkan kerjaya glamor atas demi menjadi muslimah sejati.

CERITA tudung melayang selebriti wanita tanah air bukan perkara asing. Sebelum ini ramai juga yang pernah melakukan hal sama seperti Emma Maembong, Uqasha Senrose dan Elyana.

Macam-macam alasan diberikan yang rata-ratanya enggan lagi bersikap hipokrit di sebalik tudung di kepala selama ini.

Tolak ke tepi seketika kisah segelintir artis yang mahu menjadi diri sendiri, Gala minggu ini tertarik untuk menyenaraikan beberapa selebriti wanita tanah air yang berhijrah dengan perubahan imej 180 darjah berbeza daripada apa yang pernah dilihat ramai.

Antara yang mencuri perhatian ramai dengan kisah penghijrahan ialah Neelofa, Diana Amir, Mizz Nina dan Waheed.

Kelana hijrah mereka antara yang meraih jutaan respons positif kerana nekad meninggalkan dunia glamor yang pernah dikecapi ketika membina nama

Diana Amir

LAMA menyepi daripada dunia hiburan, pelakon Diana Amir mencuri perhatian ramai sekitar tahun lalu apabila muncul dengan imej berniqab.

Tidak pernah berkongsi kepada umum mengenai penghijrahannya, bintang filem Aku Masih Dara memberitahu keputusan memakai niqab adalah satu fasa untuk mendekatkan diri dengan agama.

Bahkan dia juga masih belum bersedia malah segan untuk berkongsi penghijrahannya secara terbuka kepada umum.

Penghijrahannya juga mendapat pujian ramai sehingga hari ini kerana dianggap tidak bersifat riak dan menunjuk-nunjuk untuk meraih perhatian ramai. Diana atau nama penuhnya Nurdiyana Amir Hashim kini tidak lagi aktif sebagai pelakon sebaliknya selesa dengan tugasnya menjadi suri rumah dan aktif dalam program dakwah serta di belakang tabir.

Mizz Nina

TIADA siapa pernah menyangka, Mizz Nina yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi dan popular di Hollywood berhijrah ke jalan Islam.

Dia juga turut mengejutkan ramai apabila memilih untuk meletakkan noktah dalam kariernya sebagai seorang penyanyi.

Nina yang popular menerusi lagu What You Waiting For duet bersama Colby O’donis itu turut memilih untuk memadam semua video dan fotonya sebelum bertudung dalam akaun media sosial miliknya.

Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu juga sudah tidak lagi terlibat dengan dunia nyanyian, sebaliknya aktif sebagai aktivis kemanusiaan dan program dakwah.

Dalam pada itu, Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis rock, Noh Salleh pada 1 Julai 2011 sebelum mengesahkan perceraian mereka pada Ogos tahun lalu.

Kurang setahun berstatus solo, Nina mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Essam Muhammad pada Jun lalu.

Waheeda

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pendakwah bebas, Ustaz Akhil Hayy sekitar 2009, Waheeda nekad meninggalkan dunia nyanyian selain memilih untuk memakai niqab sepenuhnya.

Selepas mendirikan rumah tangga, Waheeda menyepi daripada radar dunia hiburan dan memilih untuk mendalami ilmu agama termasuk belajar serta memahami tafsir al-Quran.

Dia yang pernah mencetuskan fenomena menerusi lagu hitsnya berjudul Wassini suatu ketika dahulu bagaimanapun mengakui agak sukar untuk menjauhkan diri daripada dunia muzik yang amat diminatinya.

Bagi meneruskan minat tersebut, dia lebih selesa bekerja di belakang tabir dengan menghasilkan muzik dan lagu untuk penyanyi lain.

Minatnya itu turut mendapat ‘lampu hijau’ daripada suami tercinta.

Neelofa

SIAPA yang tidak kenal Neelofa? Dialah selebriti popular negara yang menjadi duta ‘mahal’ meneroka banyak negara dengan menghadiri pelbagai pertunjukan fesyen jenama mewah antarabangsa.
Namun, sekitar Oktober 2020, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu mengejutkan ramai dengan memilih untuk memakai niqab sepenuhnya.

Katanya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama dan mengakui tindakan tersebut mampu membentuk keperibadiannya menjadi wanita Islam yang lebih baik.

Tidak lama selepas memakai niqab, Neelofa kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021

Kini, ibu kepada dua cahaya mata itu lebih aktif sebagai seorang usahawan jenama tudungnya, Naelofar dan turut menghasilkan beberapa produk lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI