fbpx

AI kesan asteroid berbahaya gagal ditemui saintis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid gergasi itu tersembunyi di sebalik cahaya bintang Bima Sakti. - Getty/ATLAS/University of Hawaii Institute for Astronomy/NASA

SANTIAGO, Chile – Sebuah algoritma baharu yang direka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) berjaya mengesan sebuah asteroid berbahaya bersaiz 182 meter (m) selepas ia gagal ditemui oleh ahli-ahli astronomi sebelum ini, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Asteroid bersaiz sebuah bangunan pencakar langit itu dinamakan sebagai 2022 GN1 dan ia melakukan perjalanan paling dekat pada jarak 7.2 juta kilometer dari Bumi pada September 2022. 

Jarak itu adalah cukup dekat dengan Bumi sehinggakan ia dianggap sebagai asteroid yang boleh membawa kesan berbahaya (PHA) kepada planet ini.

Bagaimanapun, batuan angkasa itu tidak dikesan oleh astronomi di seluruh dunia pada bila-bila masa iaitu sebelum, semasa atau selepas kejadian tersebut kerana ia tersembunyi di sebalik cahaya bintang Bima Sakti.

Algoritma baharu, HelioLinc3D mengesan asteroid 2022 GN1 dengan menganalisis data daripada Kemudahan Zwicky Transient Facility (ZTF) iaitu sebuah teleskop yang direka untuk mencari objek yang bergerak pantas di langit malam.

Kehadiran asteroid itu berjaya dikesan algoritma tersebut walaupun ia hanya boleh dilihat untuk tempoh yang singkat.

Penemuan asteroid 2022 GN1 adalah peringatan kepada manusia bahawa terdapat banyak lagi PHA yang masih tidak dapat dikesan oleh ahli-ahli astronomi.

Pada masa ini, saintis hanya mengetahui tentang kewujudan 2,350 PHA, namun mereka menjangkakan bahawa terdapat lebih 3,000 asteroid berbahaya yang masih belum ditemui. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI