PETALING JAYA – Ucapan ulang tahun kelahiran yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuit hati orang ramai.
Menerusi rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan baginda menzahirkan ucapan itu semasa di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 yang berlangsung hari ini.
“Hari ini ialah hari ulang tahun isteri tersayang saya. Baru ‘sweet 63’.
“Kita doakan Raja Permaisuri kekal keimanan, kekal kecantikan, kekal taat pada suami, sentiasa masak untuk suami,” titah baginda.
Graduan serta hadirin Istiadat itu kemudian bersama-sama menyanyikan lagu ulang tahun buat Raja Permaisuri Agong.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata rakyat turun mengucapkan selamat ulang tahun buat Raja Permaisuri selain memuji kemesraan Seri Paduka Baginda berdua.
“Manis bersemut sungguh. Selamat ulang tahun kelahiran Permaisuri,” kata Muazz.
“Selamat hari lahir Tuanku semoga diberikan kesihatan yang baik insya-Allah,” kata Iskandar. – KOSMO! ONLINE
“Kita doakan Raja Permaisuri kekal keimanan, kekal kecantikan, kekal taat pada suami, sentiasa masak untuk suami,” – YDP Agong. #AWANInews #AgongKita pic.twitter.com/wd7jqfKVnp
— Astro AWANI (@501Awani) August 5, 2023