fbpx

500,000 hektar tanah sawah disediakan bagi hadapi El Nino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petani menanam anak padi di sebuah sawah di Lambaro, wilayah Aceh pada 24 Julai lalu. - AFP

JAKARTA – Indonesia akan menyediakan 500,000 hektar tanah sawah padi sebagai persediaan untuk menghadapi kemarau panjang akibat fenomena El Nino, lapor saluran berita Channel News Asia (CNA) kelmarin.

Menurut Biro Akhbar, Media dan Penerangan (BPMI) Sekretariat Presiden, Menteri Pertanian, Syahrul Yasin Limpo pada Rabu lalu memaklumkan bahawa beberapa wilayah negara itu bersedia untuk menyediakan tanah pertanian bagi memastikan bekalan stok beras negara terjamin.

“Ada enam wilayah antaranya Sumatera Utara, Sumatera Selatan, tiga wilayah di Jawa dan Sulawesi Selatan kemudian ada wilayah kawalan (padi) di Kalimantan Selatan, Nusa Tenggara Barat (NTB), Banten dan Lampung.

“Saya yakin jika rancangan di tanah seluas 500,000 hektar berjaya, kita boleh menangani kesan El Nino dengan baik,” kata Syahrul.

Beliau menyatakan komitmen yang ditunjukkan  kerajaan tempatan adalah satu langkah penting untuk persediaan El Nino.

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih popular dengan panggilan Jokowi juga telah mengarahkan kakitangannya untuk menyediakan dan memastikan bekalan beras dapat disediakan di negara tersebut.

Ia bukanlah projek berskala besar yang pertama di Indonesia. 

Sebelum ini, satu projek estet makanan telah dilakukan pada 2020 dan meliputi 770,000 hektar atau lebih 10 kali ganda saiz Singapura. Ia bertujuan mengekang kebergantungan negara itu terhadap import makanan.

Projek Beras Mega yang dijalankan pada pertengahan 1990-an pula dilakukan bag menukar sejuta hektar tanah menjadi sawah padi di Kalimantan Tengah. Namun, ia gagal kerana tanah gambut digunakan dalam rancangan itu tidak sesuai untuk penanaman.

Laman berita Tempo melaporkan, Syahrul telah meramalkan kesan terburuk terhadap stok beras di Indonesia semasa kemuncak El Nino yang berlaku dari Ogos hingga September tahun ini.

“Kami menjangkakan sekitar 300,000 tan hingga 1,200,000 tan defisit pengeluaran besar,” katanya.

Bagaimanapun, dengan penambahan 500,000 hektar tanah pengeluaran padi, Syahrul optimis  kesan El Nino terhadap stok makanan negara khususnya beras dapat diatasi.

Sehingga September 2023, negara itu masih mempunyai 2.7 juta tan stok beras.

“Setiap bulan, penuaian 800,000 hektar sawah akan mencukupi keperluan kita untuk sekitar 2,000,000 tan padi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI