fbpx

425 PATI di Taman Connaught ditahan Imigresen KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
425 PATI ditahan ketika serbuan di tiga pangsapuri awal pagi tadi. Foto oleh JIM WPKL.

KUALA LUMPUR – Seramai 425 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Ops Sapu melibatkan tiga buah rumah pangsapuri 11 tingkat di Taman Connaught, Cheras, awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL), serbuan yang dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasa itu bermula pukul 1 pagi.

Katanya, kekuatan anggota seramai 80 pegawai pelbagai pangkat dikerahkan bagi melakukan pemeriksaan terhadap 600 orang wanita dan lelaki yang terdiri daripada warga tempatan serta warga asing.

“Pasukan operasi berjaya menahan seramai 425 orang warga asing berusia di antara lapan hingga 54 tahun yang terdiri daripada 378 orang lelaki dan 53 orang wanita.

“Antara kesalahan-kesalahan yang dikenalpasti ialah menyalah gunakan pas atau permit, tinggal lebih masa, tiada dokumen pengenalan diri dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta dan Peraturan Imigresen.

“Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan susulan dan kesemuanya akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Sehubungan itu, JIM WPKL berkata, pihaknya sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat yang diberikan oleh orang awam serta tidak akan berkompromi terhadap orang asing yang tinggal secara haram, menyalahgunakan pas dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di negara ini.

“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengupah atau melindungi PATI,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI