fbpx

3 juta tengok Aaisyah bersolek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAISYAH sememangnya mewarisi populariti dan daya penarik perhatian khalayak seperti ibunya, Che Ta.

NAMA Aaisyah Dhia Rana iaitu puteri tunggal Rozita Che Wan atau Che Ta kembali mencuri perhatian ramai apabila gelagatnya bersolek sebelum keluar menonton wayang tular dalam TikTok baru-baru ini.

Aksi comel Aaisyah yang leka memakai bedak itu dirakam oleh ibunya dan meraih lebih tiga juta tontonan serta 196,000 tanda suka.

Bukan hanya video bersolek, gelagat Aaisyah memakai topeng muka milik ibunya juga mencuit hati ramai, namun ada yang berpendapat aktiviti tersebut ‘terlalu dewasa’ untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun.

“Amboi pandainya dia bersolek, sudah dewasa anak dara Che Ta,” seloroh netizen.

“Teknik solekan dan cara dia pegang berus memang seperti profesional. Sekali imbas seperti lihat Zain Saidin pula sedang bersolek,” komen pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI