fbpx

Tuntutan Teong Kim tiada kata sepakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEONG KIM bercakap kepada pemberita mengenai tuntutan baki gaji 16 bulan ke atas Perak FC di Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak, Bangunan Persekutuan Ipoh semalam. – MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perbincangan mengenai isu tuntutan bayaran baki kontrak bekas ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim berlanjutan apabila tiada persetujuan dicapai dan kekal buntu.

Pertemuan kali kedua antara Teong Kim dengan Ketua Pegawai Operasi Perak FC, Meor Azli Meor Mahmood pada pagi semalam turut gagal mencapai kata sepakat mahupun persetujuan kedua-dua pihak.

Teong Kim berkata, beliau hadir berbincangan dengan pe­ngurusan Perak FC, bagaimanapun perbincangan tersebut yang menekankan perdamainan me­nemui kegagalan.

“Kita akan cuba sekali lagi sebelum 26 Ogos ini. Kalau tidak capai persetujuan pada tarikh itu, maka kita akan pergi ke Mahkamah Perusahaan.

“Jika boleh, kami tidak mahu sampai ke mahkamah dan harap mencapai perdamaian. Ia bukan soal gaji sahaja,” kata Teong Kim kepada pemberita semalam.

Dalam pada itu, Teong Kim menegaskan bahawa beliau tidak boleh memaklumkan butiran-butiran yang tidak dipersetujui dalam perbincangan tersebut.

Sementara itu, peguam Teong Kim, Adam Yap Boon Han berkata, kedua-dua pihak tidak mencapai keharmonian setakat ini.

“Jadi, usaha akan dibuat untuk mencapai keharmonian dan kali terakhir bakal dilakukan akhir bulan ini. Jika tidak tercapai mengikut undang-undang, maka isu ini akan bawa ke Mahkamah Perusahaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, Teong Kim berhak mengambil tindakan yang dirasakan bersesuaian buat dirinya.

“Beliau ada hak untuk buat apa yang dia nak dan kita kekal dengan pendirian kita. Beliau boleh buat apa yang dia fikir betul, kita sudah berbincang dua kali jadi kita terus ke depan.

“Kita cuma ikut apa yang dia minta. Kita juga mahu benda yang sama secara perdamaian dan pihak pengurusan akan ikut perjalanan.

“Ia tidak mengganggu pasukan, kita cuba bina kelab ini dan kita sangat fokus, malah suasana semakin bagus. Itu yang kita mahukan,” kata Bobie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI