fbpx

Terengganu tiada masalah atasi KL Rovers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IVAN Mamut (kiri) muncul wira Terengganu apabila ledak hatrik untuk atasi KL Rovers 4-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Hatrik Ivan Mamut memastikan Terengganu selangkah ke suku akhir Piala Malaysia apabila membelasah wakil Liga M3, Kuala Lumpur Rovers 4-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Walaupun hadir dengan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga M3, jurang kualiti jelas jadi pemisah buat kedua-dua pasukan dengan menyaksikan skuad Peteh cukup selesa sepanjang 90 minit.

Seperti dijangka, Terengganu yang merehatkan beberapa pemain utama masih terlalu kuat dan dalam tempoh 11 minit pertama kelab Pantai Timur itu mencipta dua peluang terbaik namun ia digagalkan oleh palang serta ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Ameerul Eqhwan Mohd Fauzi.

Minit ke-18, penyokong Terengganu akhirnya ceria untuk meraikan jaringan pembukaan perlawanan menerusi Mamut.

Selang 20 minit selepas itu, Nor Hakim Hassan sepatutnya mampu menambah gol kedua pelawat sebaliknya tolakannya serong ke sebelah kiri gawang KL Rovers namun Mamut memastikan Terengganu makin selesa apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan.

KL Rovers memulakan babak kedua dengan positif sebaliknya keghairahan itu dihukum Terengganu yang memperoleh jaringan ketiga menerusi Engku Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-51.

Terengganu terus selesa dan minit ke-66, Mamut yang diberi banyak ruang terus membuktikan ketajamannya apabila melengkapkan hatrik bagi menjadikan kedudukan 4-0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI