fbpx

Speedy Tigers kenduri gol belasah China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRAI (depan) dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dalam kemenangan 5-1 ke atas China sebentar tadi. - AHF / HOCKEY INDIA

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara menepati ramalan apabila tiada masalah untuk mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas China pada aksi kedua Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India sebentar tadi.

Lebih menarik, penyerang, Muhammad Firhan Ashari sekali lagi membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol buat perlawanan kedua berturut-turut sekali gus memimpin carta penjaring terbanyak setakat ini.

Dalam aksi itu, Speedy Tigers terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal China menerusi Chongcong Chen seawal minit keempat sebelum bangkit mengikat kedudukan 1-1 berselang tujuh minit kemudian.

Gol penyamaan itu hadir menerusi pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-11 sekali gus menyemarakkan semangat barisan pemain untuk meledak jaringan kedua melalui Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-15.

FAIZAL (dua dari kiri) meledak gol penyamaan buat Malaysia dalam kemenangan 5-1 ke atas China sebentar tadi. – AHF / HOCKEY INDIA

Firhan memastikan kedudukan selesa 4-1 buat skuad negara yang berada di ranking ke-10 dunia dengan tambahan dua lagi gol pada minit ke-45 dan 49.

Pakar flik, Muhammad Najmi Farizal Jazlan melengkapkan kemenangan selesa 5-1 skuad negara ke atas China dengan gol daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-57.

Dua kemenangan daripada dua perlawanan awal pastinya memberikan keyakinan buat skuad bimbingan A. Arul Selvaraj itu sebelum bertemu tuan rumah yang juga seteru tradisi, India dalam aksi ketiga pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI